SEORANG influencer kecergasan yang terkenal menerusi TikTok dikecam gara-gara kenyataan tidak sensitif tentang kesihatan mental. Harrison Sullivan yang dikenali sebagai Hstikkytokky berkata, ramai individu menggunakan isu kesihatan mental sebagai alasan semata-mata. "Orang ramai di United Kingdom (UK) suka menyalahkan kesihatan mental. Antaranya, saya rasa tak bersemangat, saya perlukan pil, saya penat, saya alami rasa bimbang jadi saya tak boleh pergi ke mana-mana, tak boleh buat itu ini bla bla bla. "Ini hanya alasan untuk bersikap biasa-biasa dan bersikap dungu dan tidak berada di luar zon selesa anda. Orang ramai suka menggunakan kesihatan mental sebagai alasan untuk segala-galanya. "Tiada siapa yang kisah. Adakah anda fikir jutawan di Dubai kisah tentang kesihatan mental? Kamu duduk di rumah merungut, kesihatan mental ini, kesihatan mental itu," ujarnya yang sering berkongsi foto tanpa baju di media sosial. Influencer berusia 21 tahun itu meraih populariti di media sosial kerana kerap berkongsi tentang isu kecergasan. Mula bekerja sejak berusia 16 tahun, dia berjaya meraih lebih setengah juta pengikut di Instagram dan turut menjual pelan kecergasan dalam talian di TikTok. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube