suria

Terperangkap bawah runtuhan, mangsa gempa bumi Turkiye minta air untuk berwuduk... Solat tetap diutamakan

Warga emas ini meminta air untuk berwuduk dari sebalik runtuhan bangunan.

USAHA pencarian dan penyelamatan masih giat dijalankan di selatan Turkiye dan utara Syria susulan gempa yang menggegarkan wilayah itu pada Isnin.

Bukan sahaja ia disertai oleh anggota keselamatan namun orang awam juga turut membanting tulang menyertai misi itu bagi membolehkan proses penyelamatan waris keluarga dan jiran dapat disegerakan.

Di sebalik kucar-kacir yang melanda negara terbabit, terdapat satu kisah yang boleh dijadikan sebagai pedoman dan inspirasi kepada orang ramai terutamanya umat Islam.

Seorang mangsa gempa bumi di Turkiye yang juga warga emas tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam dengan meminta air bagi membolehkannya berwuduk untuk menunaikan solat walaupun masih terperangkap di sebalik runtuhan.

Paparan video berdurasi 36 saat yang menyentuh hati itu dimuatnaik oleh wartawan, Muhammad Smiry di Twitter dan dilaporkan dirakam di satu daripada kawasan terjejas di Turkiye.

Berdasarkan video itu, warga emas berkenaan masih terperangkap berikutan tidak dapat dikeluarkan pasukan penyelamat kerana terdapat halangan.

Selain itu, melalui kapsyen video berkenaan, Muhammad Smiry menjelaskan warga emas itu meminta air bagi mendirikan solat dalam keadaan masih terperangkap kerana tidak mahu meninggalkan kewajipan itu.

"Seorang warga emas meminta air untuk mengerjakan solat, sementara orang ramai memberitahunya bahawa dia boleh mengerjakan solat dalam situasi tersebut," tulis Muhammad Smiry di akaun Twitter miliknya. - Twitter

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain