suria

Mengidam makan tengah malam, pandu ke restoran dah tutup pula... Mat Salih tak sangka rider hantar pesanan hanya 10 saat!

Seorang penghantar makanan menyerahkan pesanan kepada pelanggan di luar restoran. foto twitter caleb_friesen2

HASRAT seorang lelaki yang mahu menikmati makanan segera pada tengah malam berlaku dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

Lelaki warga Kanada, Caleb Friesen memandu kereta ke sebuah cawangan McDonald’s di Koramangala, Bengaluru di India.

Namun malangnya cawangan itu telah ditutup.

Caleb kemudian menyedari beberapa penghantar makanan berada di restoran itu, jadi dia mencuba nasib untuk membuat pesanan menerusi aplikasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sanggup stop gunting rambut sendiri, segera hantar remaja India terlepas bas sekolah naik motor... Ramai approve jadi ikon permotoran!

Restoran tersebut dipilih sebagai lokasi pengambilan (pickup) dalam aplikasi.

Siapa sangka pesanan tersebut dihantar oleh penghantar makanan kepadanya dalam masa kurang 10 saat.

"Memandu ke Koramangala untuk makanan tengah malam di McDonald's, mereka beritahu dah tutup, tetapi tempat pickup dipenuhi dengan penghantar makanan.

"Apa nak buat? Saya buat pesanan Swiggy dari McDonald's ke McDonald's. Penghantaran 10 saat tercapai," tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Menerusi rakaman video, jelas kelihatan penghantar makanan memberikan senyuman lebar selepas menyerahkan pesanan kepada pelanggan.

Dia mendakwa ia merupakan pertama kali menghantar makanan ke lokasi yang terlalu dekat. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain