JURUJUAL kenderaan mewah, George Gehdu berang apabila dia mendapati seorang lelaki tidak dikenali sedang memanjat bumbung kereta McLaren miliknya, Isnin lalu. Menurut jurujual itu, kejadian berlaku ketika dia meninggalkan keretanya di tepi jalan di Uxbridge, barat London untuk ke sebuah kedai gunting rambut. Gehdu berkata dia melihat lelaki itu sedang menghentak bumbung keretanya sebelum pelaku berlalu pergi tanpa rasa bersalah. Dia yang kecewa dengan tindakan lelaki itu terus menghubungi polis untuk melaporkan kejadian berkenaan. Polis tiba di lokasi itu tidak lama kemudian sebelum mereka berjaya memberkas pelaku yang berada di kawasan berhampiran. Gehdu turut memuat naik luahan hatinya di media sosial berhubung kejadian berkenaan. "Saya sentiasa bekerja keras dalam hidup. Semua kemewahan ini hadir dengan usaha, bukannya percuma. Tiba-tiba ada manusia iri hati merosakkannya. "Saya hargai sokongan anda semua. Saya berada dalam keadaan baik. Mujurlah polis datang tepat pada masanya," ujarnya. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube