suria

Pembantu rumah dipenjara... Mengaku bersalah rakam foto bogel warga emas sakit parkinson, sebar guna WhatsApp

Hidayah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan pada Selasa. Foto: Fabrikasimf - Freepik.

TINDAKAN seorang pembantu rumah yang merakam foto bogel lelaki warga emas mengundang padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara pada Selasa.

Menerusi kejadian di flat Punggol, Singapura pada tahun lalu, Hidayah, 40, merakam foto bogel pesakit tersebut sebelum ia dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp kepada suaminya.

"Gaji S$700 (RM2,303) tetapi kerja saya susah, memandikan orang tua," ujar Hidayah dalam mesej itu.

Wanita warga Indonesia itu melakukan kesalahan serupa empat hari kemudian dan turut menghantar gambar tersebut kepada rakannya.

Hidayah dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Lelaki berusia 79 tahun itu menghidap penyakit parkinson iaitu gangguan neurodegeneratif yang membawa kepada gegaran otot serta kesukaran berjalan dan keseimbangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembantu rumah dipenjara enam tahun kerana racun majikan

Disebabkan keadaan itu, dia memerlukan bantuan untuk melakukan aktiviti harian seperti makan dan mandi.

Menantu warga emas itu mengupah Hidayah melalui sebuah agensi pada Februari 2022.

Untuk rekod, menantu mangsa mengembalikan Hidayah kepada agensinya pada 6 Mei 2022, tanpa mendedahkan sebarang alasan atas tindakan itu.

Dia turut mengambil semula telefon bimbit yang digunakan Hidayah ketika perkhidmatannya sebelum menyedari kewujudan foto lucah yang dirakam oleh Hidayah.

Dia juga menyemak aplikasi WhatsApp dan mendapati Hidayah telah menghantar gambar itu kepada suami serta kakak iparnya.

Polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8 Mei 2022. – The Straits Times (Singapore)/Asia News Network

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain