suria

Sudah ada 7 anak, bongsu baru berusia 10 bulan... suami isteri ini dikurnia pula bayi kembar 5

Dominika (kiri) dan Vince bersama bayi mereka yang baru lahir di hospital. foto EPA

SATU pasangan suami isteri baru sahaja menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka, dan kali ini lebih ramai.

Dominika dan Vince Clarke dikurniakan anak kembar lima yang baru lahir di Hospital Universiti Krakow di Poland, pada petang Ahad lalu.

Pasangan itu sudah mempunyai tujuh anak berusia 12 tahun, 10 tahun, kembar berusia tujuh tahun, kembar berusia empat tahun dan seorang bayi 10 bulan.

Ini menjadikan mereka mempunyai seramai 12 anak, termasuk lima bayi kembar yang baru lahir.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegang rekod dunia 'kelahiran paling ramai', kembar 9 popular dari Mali sambut hari jadi pertama

Dominika bersalin secara pembedahan pada usia kandungan tujuh bulan.

Kesemua bayi yang baru lahir itu diberi nama Charles Patrick, Henry James, Elizabeth May, Evangeline Rose dan Arianna Daisy.

Vince merupakan warga Britain, manakala Dominika dari Poland. Pasangan itu yang mengusakan perniagaan, bertemu semasa Dominika bekerja di UK.

Mereka kemudian berpindah ke Poland enam tahun lalu dan membina sebuah rumah di dalam hutan. - Metro UK

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain