SEORANG lelaki Indonesia memotong kemaluan sendiri menggunakan parang sebelum menyimpannya di dalam sebuah balang kaca. Pihak berkuasa di Indonesia telah merancang untuk menahan suspek yang hanya dinamakan sebagai YDB dalam dokumen polis. Seorang jiran telah berbual dengan lelaki itu di luar kediaman mereka di Sikka, Nusa Tenggara Timur, di pulau Flores pada pagi Sabtu, 11 Februari. Menurut jiran, YDB pada waktu itu secara tiba-tiba menamatkan perbualan dan bergegas masuk untuk mandi. Memandangkan lelaki itu kelihatan dalam keadaan tertekan, jiran tersebut telah memeriksanya pada waktu makan tengah hari dan mendapati dia berada dalam keadaan berlumuran darah. ARTIKEL BERKAITAN: Potong kemaluan teman lelaki, selamba buang dalam baldi... Wanita didakwa berasmara dengan mayat selama 3 jam Ketua polis tempatan Muhammad Dong Said memberitahu media bahawa saksi menemui YDB dengan darah pada bahagian kemaluannya. Menurut Dong Said, YDB telah memotong zakarnya kerana takut ditahan pihak berkuasa selepas terlibat dalam kes mencabul kanak-kanak. "Beberapa hari sebelum itu dia telah dilaporkan kepada Polis Sikka atas dakwaan penderaan seksual kanak-kanak, jadi kes sedang diproses," tambah Ketua Dong Said. YDB kini berada di Hospital TC Hillers Maumere dan berada dalam keadaan stabil. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube