MENYAYAT hati menyaksikan video yang tular menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengusung bapanya yang uzur ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Lebih menyedihkan apabila kanak-kanak itu terpaksa membawa bapanya menggunakan kereta sorong kayu. Kejadian berlaku di Singrauli di Madhya Pradesh, India, pada Sabtu lalu. Insiden tersebut juga menimbulkan persoalan mengenai khidmat ambulans untuk keluarga miskin di kawasan terpencil di Madhya Pradesh. Dilaporkan keluarga berkenaan terpaksa menunggu ambulans selama lebih sejam, namun kelewatan menyebabkan kanak-kanak itu nekad untuk membawa bapanya menggunakan kereta sorong kayu. ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh pinjam ambulans, keluarga terpaksa jalan kaki usung jenazah 13km Beberapa penduduk melihat kanak-kanak berkenaan membawa bapanya, sambil ditemani ibunya. Menerusi video tular, budak tersebut menolak kereta sorong itu sejauh 3 kilometer, manakala ibunya dilihat turut menolaknya dari arah bertentangan. Susulan video yang tular di media sosial, pentadbiran daerah Singrauli mengarahkan siasatan berhubung perkara tersebut. "Difahamkan kerana ketiadaan ambulans, pesakit terpaksa dibawa ke hospital oleh isteri dan anak lelakinya. "Ketua pegawai perubatan dan pakar bedah awam telah diarahkan untuk menyiasat punca ambulans tidak disediakan," kata wakil pentadbiran Singrauli, D.P. Burman kepada media. - India.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube