BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah gambarannya mengenai seorang warga emas yang tinggal sebatang kara di kawasan Tambora, Jakarta Barat, Indonesia. Mesra disapa Mak Mben, warga emas berusia 76 tahun yang terlantar sakit itu tinggal sendirian di rumahnya yang dipenuhi dengan timbunan sampah-sarap. Namun, dia kini dapat menarik nafas lega apabila kediaman usang itu sedang diubah suai. Buat sementara waktu, Mak Mben tinggal di rumah anak saudaranya yang dikenali sebagai Adi. Ketika ditemui baru-baru ini, Mak Mben kelihatan tidak bermaya ketika dia sedang terbaring di atas kain putih yang nipis. Menurut Mak Mben, dia hanya tinggal buat sementara waktu di rumah itu memandangkan rumah asalnya sedang diubah suai. Tambah warga emas itu, dia gembira rumahnya diubah suai oleh pasukan Khidmat Sosial selepas sekian lama hidup dalam keadaan kotor dan sempit. Selain ubah suai rumah, Mak Mben turut dihadiahkan tilam dan almari baharu. - Kompas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube