suria

Nyaris maut gara-gara apendiks pecah, pelakon porno terpaksa jalani pembedahan

White muncul di Twitter dan memaklumkan bahawa dia telah selamat menjalani penggambaran.

PELAKON filem lucah Australia, Angela White nyaris maut kerana apendiks gara-gara menjalani penggambaran selama sejam, baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan oleh seorang rakan pelakon, Keiran Lee yang mendakwa White mula sakit selepas selesai menjalani penggambaran filem porno itu.

Menurutnya, White terpaksa mendapatkan rawatan kerana kesakitan melampau sebelum disahkan mengalami pecah apendiks semasa hubungan seks.

Selepas selesai menjalani rawatan, White juga tampil menerusi Twitter untuk menjelaskan keadaan terbaharunya.

"Mereka terpaksa membuat pembedahan di atas tulang kemaluan dan di bahagian pinggul saya.

"Parut adalah minimum dan proses pemulihan agak cepat," kata White dalam ciapan di Twitter.

Lebih mengejutkan, wanita itu mendedahkan dia akan kembali ke set penggambaran selepas dibenarkan discaj dari hospital.

"Dan saya akan kembali bekerja empat hari selepas pembedahan," ujarnya lagi.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut diharamkan haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain