SEORANG pemandu bas pedofil dari Beverley, United Kingdom (UK) dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun atas kesalahan serangan seksual ke atas empat remaja lelaki. John Foster, 78, disabitkan dengan 27 kesalahan seksual terhadap empat mangsa dan dijangka meninggal dunia sebelum sempat menamatkan keseluruhan hukuman. Malah peguamnya sendiri mengakui bahawa tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tempoh hukuman itu. Untuk rekod, Foster mengambil kesempatan apabila menggunakan tugasnya sebagai pemandu bas untuk melakukan kesalahan seksual ke atas empat remaja lelaki. Tuduhan itu termasuk serangan tidak senonoh, rogol dan cubaan merogol yang berlaku antara Julai 1973 dan Februari 2002. Hakim Mark Bury memberitahu Foster: "Anda telah disabitkan dengan kesalahan seksual terhadap remaja lelaki. Anda adalah pedofil seumur hidup." - Daily Mail. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube