suria

Bapa derita kanser dapat layanan istimewa, anak belikan ambulans bawa jalan-jalan

Wanita ini beli sebuah ambulans untuk bawa ayahnya yang sedang terlantar sakit bersiar-siar.

TULAR satu rakaman menunjukkan seorang anak sanggup membelikan ambulans untuk bapanya yang sakit.

"Tak sangka posting tentang pembelian ambulans buat bapa jadi perhatian," demikian tulis @mutiarapriza dalam video yang dikongsi, Isnin.

Dalam video itu dapat dilihat ambulans tersebut adalah jenis Daihatsu Luxio yang telah diubah suai dan dipandu di sekitar Kota Malang, Indonesia.

Ia dilengkapi dengan stretcher untuk kemudahan si bapa serta beberapa kelengkapan perubatan yang lain.

Dalam video itu pemilik memberitahu bahawa bapanya sudah tidak keluar berjalan-jalan selama empat bulan, kalau ada pun hanya untuk ke hospital.

"Ketika sihat dia tak suka duduk di rumah lama-lama. Tiap hari ada saja kegiatannya di luar," tulisnya.

Bapa Mutiara bersama cucunya di dalam ambulans bersiar-siar di sekitar Kota Malang, Indonesia.

Menerusi video itu dia membawa bapanya makan sebuah restoran di Kota Malang, yang merupakan tempat makan kesukaan lelaki itu.

Namun disebabkan keadaannya yang tidak mengizinkan, bapanya hanya makan dalam kenderaan dan sesekali nampak dia tersenyum.

"Senang lihat bapa berselera makan," tulisnya.

Seterusnya dia membawa si bapa makan ais krim.

"Bapa, anakmu akan terus memperjuangkan apa pun yang membuatkan bapa happy. Kerana aku ingin selalu lihat senyum ini. Sayang bapa sangat," tulisnya.

Dia ada memberitahu bapanya menderita kanser plasma darah yang menyerang tulang.

Sebelum ini bapanya akan mengeluh kesakitan apabila duduk dalam kereta kerana tulangnya rapuh.

Dia berharap, kereta yang telah diubah suai seperti ambulans itu mampu memberikan semangat untuk bapanya terus menjalani hidup dan melawan derita penyakit yang dihadapi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain