suria

Macam filem Avatar! Lelaki bawa naik udang galah warna biru di lautan

Udang galah ini berwarna biru seolah-olah dicat. Foto: Daily Star

SEORANG nelayan terkejut apabila melihat dia berjaya menangkap seekor udang galah berwarna biru di lautan.

Stuart Brown, 28, dari Bangor, County Down di Utara Ireland berkata tangkapannya itu memeranjatkan hampir semua orang apabila mereka melihat gambar yang ditunjukkannya.

Haiwan laut yang sungguh menakjubkan itu ditemui berdekatan Rumah Api Blackhead dan kemudiannya dilepaskan semula di tasik berhampiran.

"Udang galah berwarna biru itu masih ada di tasik di sini, dia berkemungkinan sedang merenangi dasar lautan dengan gembiranya.

"Harapnya jika ada orang lain yang berjaya menangkapnya, mereka akan melepaskannya juga," kata Stuart.

Menceritakan semula detik udang galah istimewa itu ditangkap, Stuart memberitahu ketika kali pertama melihat melihat udang galah itu, dia dan rakannya mengatakan ia berwarna telampau kebiruan.

Menurut Stuart, tangkapan itu dibuat di perairan dengan kedalaman 15 sehingga 18 meter.

"Kami berpandangan antara satu sama lain dan mempersoalkan mengapa ia berwarna sangat biru," ujar Stuart.

Seorang nelayan veteran yang sudah keluar ke lautan sejak dia berumur 11 tahun memberitahu udang galah biasanya berwarna kemerahan atau coklat tetapi tidak pernah sesekali berwarna biru.

"Untuk kejadian ini berlaku, ia adalah kejadian satu dalam dua juta," ujarnya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain