suria

Penumpang teruja lihat pelancaran roket angkasa sewaktu berada dalam pesawat

Pelancaran roket yang dirakam oleh seorang wartawan Amerika Syarikat sewaktu penerbangan melintasi Cape Canavera, Florida.

BARU-baru ini heboh apabila pelancong merakam detik pemandangan roket sewaktu menaiki penerbangan United Airlines yang melintasi Cape Canaveral, Florida.

Penampakan imej SpaceX Falcon 9 yang berlepas dari Bumi telah berjaya ditangkap oleh seorang wartawan foto asal Amerika iaitu Nick Lemibach.

"Salah satu perkara paling hebat yang pernah saya lihat.

"Di atas United Airlines 220 penumpang terbang melintasi Cape Canaveral ketika SpaceX Falcon 9 berlepas," katanya.

Pelancaran Falcon 9 datang sebagai sebahagian daripada misi SpaceX Elon Musk untuk membawa orang dan kargo ke angkasa untuk mengorbit Bumi.

ARTIKEL BERKAITAN: Objek pelik di tengah padang pasir, pengguna Google Maps dakwa temui roket tersorok di pedalaman China

Pada 26 November 2022 lalu, Falcon 9 adalah gabungan kapal angkasa Cargo Dragon 2 dan ini merupakan misi SpaceX Elon Musk yang membawa orang dan kargo ke angkasa untuk tujuan mengorbit Bumi.

Ia juga membawa dua Roll Out Solar Arrays (iROSA) yang akan dibawa keluar oleh anak kapal Stesen Angkasa Antarabangsa dan diletakkan di luarnya.

Video tular itu dikongsi semula oleh News.com.au yang diambil daripada seorang pengguna di TikTok dan berjaya meraih lebih 40 juta tontonan.

"Semasa bekerja dalam penerbangan saya, kami menyaksikan fenomena sekali dalam seumur hidup ini!," tulis pengguna TikTok itu pada ruangan kapsyen. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain