suria

Ajal datang mengejut! Peguam tertembak diri sendiri ketika masuk mesin MRI

Peguam ini menemui pengakhiran hayatnya dengan tragedi yang tidak disangka-sangka. Foto: Insider

SEORANG peguam maut selepas secara tidak sengaja terkena tembakan dari pistol miliknya, selepas dia gagal mengeluarkan senjata api itu sebelum masuk ke bilik pengimejan resonans magnetik (MRI) di sebuah hospital di Brazil.

Portal Independent melaporkan ketika kejadian, Leandro Mathias de Novaes membawa ibunya untuk imbasan di Laboratorio Cura di sini, lapor Jam Press.

Lelaki berusia 40 tahun itu dikatakan gagal memberitahu pekerja hospital bahawa dia mempunyai pistol, walaupun diarahkan untuk mengeluarkan semua objek logam sebelum memasuki bilik imbasan.

Medan magnet daripada pengimbas MRI menarik senjata milik peguam itu dari pinggangnya dan secara tidak sengaja tembakan dilepaskan dan terkena perut mangsa.

Selain bekerja sebagai peguam, mangsa adalah pencipta kandungan prosenjata api yang mempunyai 12,000 pengikut di TikTok dan Instagram.

"Dengan rasa sedih mendalam OAB Cotia menyampaikan kepada semua rakan peguam mengenai kehilangan rakan tersayang, peguam Leandro Mathias de Novaes yang tidak dijangka.

"Kami bersimpati atas kehilangannya dan semoga keluarganya tabah dalam detik kesakitan ini," kata jurucakap Perintah Peguam Brazil di Cotia, Sao Paulo. - Insider

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain