TARIKH 19 Disember 2022 pastinya tidak akan dilupakan Mike Krumholz sampai bila-bila. Pada hari tersebut, Mike, 21, yang kepenatan memutuskan untuk tidur selama 40 minit tanpa membuka kanta lekap yang dipakai pada kedua-dua matanya. Tanpa disangka-sangka, tindakan pemuda dari Amerika Syarikat (AS) itu menyebabkan dia kehilangan deria penglihatannya selama lebih 50 hari. Menurut Mike, dia sudah terbiasa dijangkiti jangkitan minor pada mata sejak memakai kanta lekap sekitar tujuh tahun lalu. Namun kali ini, tindakan Mike yang tidur sambil memakai kanta lekap menyebabkan dia didiagnos dengan acanthamoeba keratitis iaitu parasit pemakan daging yang yang merosakkan mata kanannya. Jangkitan itu menyebabkan Mike tidak boleh bekerja dan menyambung pengajian universitinya. "Sangat pelik apabila tidak dapat melihat sesiapa. Anda tidak mahu orang berasa sedih dengan anda tetapi pada masa yang sama anda mahu hidup seperti seorang remaja berusia 21 tahun yang normal," luah Mike mengenai keadannya yang masih belum pulih. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube