suria

Kanak-kanak perempuan dibunuh... mayat dirogol, ditinggal dalam semak

Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui. -gambar hiasan

KEJAM! Begitulah yang dapat digambarkan mengenai perbuatan seorang jiran yang membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Lebih menyedihkan apabila mayat mangsa kemudian dirogol oleh suspek.

Kejadian berlaku di Kotamobagu, Sulawesi Utara di Indonesia.

Ketua Polis Daerah Kotamobagu, AKBP Dasveri Abdi berkata, pelaku membawa mayat mangsa ke kawasan kebun sebelum merogolnya, pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rogol kanak-kanak 5 tahun, lelaki ini cuma disuruh ketuk ketampi... netizen tak puas hati

"Setelah dipastikan mangsa sudah tidak bernyawa, dia memasukkannya ke dalam guni dan kemudian membawanya ke kebun, sebelum merogolnya.

"Pelaku meninggalkan mayat mangsa di semak samun," kata Dasveri, dipetik sebagai berkata dalam laporan detikSulsel, pada Jumaat.

Dilaporkan, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tanpa kaki, pada Khamis.

"Kemungkinan ia (kaki) sudah dimakan oleh haiwan kerana mayat ditinggalkan di kawasan kebun dan banyak binatang liar.

"Kita masih menunggu hasil bedah siasat," katanya.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. - Detik

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain