POLIS menahan seorang wanita kerana didakwa menunjukkan alat sulitnya ketika bersiaran langsung di media sosial. Insiden yang membabitkan seorang personaliti media sosial itu berlaku di Bengkulu di Pulau Sumatera, Indonesia. Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Bengkulu, Kombes Anuardi berkata, wanita itu ditahan selepas polis melakukan pemantauan siber. "Modus pelaku memaparkan perbuatan tidak senonoh di media sosial itu bertujuan untuk menjana keuntungan dalam bentuk 'gift' dan tajaan," kata Anuardi dalam kenyataan media, pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Padah tunjuk kemaluan depan wanita dalam pesawat, penumpang onani 4 kali dipenjara Siasatan polis mendapati suspek telah menjalankan aktiviti lucah berkenaan sejak awal bulan ini. Suspek melakukan penstriman secara langsng itu dari sebuah hotel di Bengkulu. "Dia menerima wang yang lumayan dan membeli telefon iPhone daripada hasil penstriman langsung,” katanya. Dalam pada itu, dua telefon bimbit, akaun Instagram, kad pengenalan, kad sim dan pakaian yang digunakan semasa live dijadikan bukti dalam kes tersebut. Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - Kompas Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube