suria

Pensyarah kecewa tiada seorang pun pelajar masuk kelas, siap hantar emel... rupanya tersilap dewan kuliah

Seorang pensyarah kecewa tiada seorang pelajar hadir ke kelas. -gambar hiasan

KESILAPAN seorang pensyarah menjadi bahan jenaka di media sosial.

Semuanya bermula apabila Profesor Joseph Mullins menggunakan laman Twitter, untuk meluahkan kekecewaannya kerana tiada seorang pun pelajarnya hadir ke kelas.

"Hari ini, tidak ada yang hadir ke kelas saya jam 8.15 pagi. 0 pelajar, kira-kira 40 orang.

"Duduk di dalam bilik kosong, saya mengirim email kepada mereka, cuba untuk menyembunyikan perasaan kecewa saya," katanya.

"2 minit kemudian, saya mendapat jawapan: 'Profesor, kami fikir anda mungkin berada di bilik yang salah'." tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Universiti dikritik kerana ambil pensyarah wanita terlalu cantik, kononnya mahu tarik kehadiran pelajar

Profesor itu berkata, apabila dia memutuskan untuk menghantar emel kepada pelajarnya untuk meluahkan perasaan kecewanya, respons yang diterimanya mengubah kesedihanya menjadi lucu.

Kemudian dalam hantaran itu, Mullin menulis, "Isteri saya benar-benar mahu saya menyatakan bahawa saya kurang tidur kerana saya bangun pada pukul 4 pagi untuk bermain Dungeons and Dragons dengan rakan-rakan saya di Australia."

Ciapan di Twitter itu menjadi tular yang disaksikan lebih 20 juta kali dan meraih 630,000 tanda suka. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube