suria

Model jelita bunuh diri, alami kemurungan gara-gara jadi mangsa buli di media sosial

Diana dilaporkan membunuh diri kerana mengalami kemurungan. Foto: Instagram/coconutkittywins

SEORANG model yang terkenal di platform OnlyFans, iaitu platform kandungan konten dewasa, dilaporkan meninggal dunia kerana membunuh diri.

Diana Deets atau lebih dikenali dengan nama Coconut Kitty sebelum itu didakwa cuba menarik golongan pedofil kerana melakukan suntingan pada gambarnya agar kelihatan lebih muda dan mendakwa berusia 24 tahun.

Dalam satu kenyataan di akaun Instagram, Diana, yang berasal dari California, bercakap tentang 'kegelapan yang membebani hati'.

Bagaimanapun, model tersebut tidak menyatakan sebab mengapa dia memutuskan untuk mengambil nyawanya sendiri. Dia dilaporkan meninggal dunia pada 12 Februari lalu.

Akhbar Daily Mail melaporkan bahawa Diana membunuh diri kerana kemurungan dan masalah kesihatan mental.

Sementara itu media lain melaporkan Diana mengambil nyawanya sendiri kerana tidak tahan berdepan dengan kutukan serta pembuli di media sosial. - Marca.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain