suria

Gara-gara wajah tanpa mekap lain daripada foto pasport, model cantik ‘sangkut’ di airport

Seorang model dikatakan menghadapi masalah ketika masuk ke sebuah negara.

SEORANG wanita muda mendakwa dirinya dihalang memasuki ke sebuah negara, gara-gara dia kelihatan sangat berbeza daripada gambar pasportnya.

Model Ukraine yang berpangkalan di Taiwan mendakwa, dia dihalang oleh pihak kawalan sempadan kerana kelihatan terlalu berbeza dengan gambarnya tanpa solekan.

Memetik laporan The Sun, dia mendakwa bahawa gambar pasportnya menunjukkan dia memakai beberapa alat kosmetik, manakala dia menaiki penerbangan tanpa mekap.

Model itu memuat naik mengenai pengembaraannya menerusi laman Instagramnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kisah kena penjara 3 tahun, model seksi hadir ke mahkamah dengan penuh bergaya

Walau bagaimanapun, dia mengakui kelihatan agak berbeza pada hari berkenaan.

Menerusi laman instagram, dia menjelaskan bahawa dirinya telah dinafikan kemasukannya kerana tidak kelihatan seperti gambar pada pasportnya, meskipun mengakui dia menganggap gambar itu 'sedikit berbeza'.

Namun begitu, wanita itu bagaimanapun akhirnya dibenar masuk ke negara berkenaan.

Dan sejak itu, dia berkongsi video dan gambar dirinya menjamu mi yang lazat, bersantai di kolam renang dan menikmati hidangan mewah bersama pasangannya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain