suria

Kompleks percutian wajibkan pelancong berbogel, mahkamah arah batalkan amalan tidak masuk akal

Mahkamah mengarahkan agar peraturan itu dihentikan kerana ia melanggar hak asasi penduduk.

MAHKAMAH Agung Sepanyol mengarahkan sebuah kompleks percutian yang mewajibkan pengunjungnya berbogel supaya menghentikan amalan itu serta merta.

Kompleks pangsapuri itu mempunyai peraturan wajib di kawasan komuniti mereka dengan mengupah pengawal untuk memastikan tiada pakaian dikenakan di kawasan taman atau kolam.

Namun tidak semua pengunjung dan penduduk gembira dengan keputusan itu sehingga kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Agung Sepanyol, lapor Washington Post.

Peraturan bogel mandatori sebelum ini diluluskan oleh persatuan pemilik rumah kompleks di Vera, Almería yang turut digelar apartmen Natura World.

Laman web pelancongan serantau menyatakan bahawa kompleks itu merupakaan kawasan bebas pakaian yang paling banyak menerima kunjungan pelancong di Sepanyol.

Ia juga menyatakan bahawa mereka mempunyai akses terus ke sebuah pantai bogel.

Menurut ABC Sepanyol, 80 peratus daripada isi rumah Natura World adalah mereka yang mengamalkan gaya hidup berbogel.

Pada Khamis lalu, mahkamah memutuskan bahawa penguatkuasaan dasar wajib bogel di kawasan tersebut adalah kesalahan yang melanggar hak asasi penduduk.

Oleh itu, dasar wajib bogel yang dikuatkuasakan dianggap sebagai diskriminasi ke atas penduduk yang ingin kekal berpakaian.

Menurut pihak mahkamah, perbuatan berbogel di kawasan terbuka adalah "pilihan peribadi yang sangat dihormati dan sah," kata keputusan itu, "tetapi amalannya tidak boleh dituntut tanpa asas." - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain