suria

Lelaki kanibal bunuh, makan alat sulit kenalan gay... Umpan mangsa guna aplikasi hubungan songsang

Kevin (kiri) berkenalan dengan Mark (kanan) menerusi aplikasi gay.

PADAH berkenalan dengan individu tidak dikenali menerusi aplikasi hubungan songsang, seorang lelaki berusia 25 tahun maut dibunuh pada Disember 2019.

Mangsa, Kevin Bacon bukan sahaja dicincang sehingga mati, malah tubuhnya turut dimasak oleh pembunuhnya, Mark Latunski yang berusia 52 tahun.

Ketika temu janji pertama mereka, Mark menggantung mayat mangsa secara terbalik sebelum memotong dagingnya bermula dari bahagian kerongkong.

Lebih jijik, Mark turut memasak tubuh mangsa sebelum dia memakan kemaluan lelaki itu yang digodanya menerusi aplikasi Grindr.

Mengikut fakta kes, Kevin telah bersetuju untuk bertemu dengan Mark pada Malam Krismas pada 2019 selepas berkenalan menerusi Grindr, aplikasi temu janji yang biasanya digunakan untuk mengatur hubungan seks kasual yang digunakan oleh komuniti gay.

Kevin sanggup menempuh perjalanan kira-kira 32 kilometer (km) dari rumahnya di Michigan, Amerika Syarikat, untuk berjumpa dengan Mark.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kanibal bunuh, makan alat sulit adik dalam satu upacara pelik

Pembunuh itu ditangkap selepas Kevin gagal hadir ke majlis makan malam Krismas keluarganya pada hari berikutnya.

Polis mengambil masa tiga hari untuk mengetahui lokasi terakhir Kevin, selepas mereka mendapati keretanya dibuang sejauh 8km yang mengandungi telefon dan dompetnya.

Apabila pegawai muncul di rumah Mark, dia dengan tenang menunjukkan kepada mereka tempat dia menyembunyikan mayat mangsanya.

Ketika disoal siasat, Mark mendakwa bahawa Kevin telah memintanya untuk menamatkan hidupnya yang menjadi punca dia mengelar lehernya.

Mark memberitahu penyiasat bahawa dia mahu menggunakan bahagian badan Kevin sebagai baja tanamannya.

Menerusi perbicaraan mahkamah baru-baru ini, Mark akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan yang dilakukannya.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut diharamkan haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.- Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain