suria

Rumah penduduk meletup akibat mercun, bayi 4 bulan alami gegaran otak... 4 lagi mangsa terkorban

Seorang bayi mengalami gegaran otak akibat letupan kediama pada Ahad lalu.

SEORANG bayi berusia empat bulan mengalami gegaran otak ringan akibat letupan di rumah penduduk di Kecamatan Ponggok, Kabupaten Blitar, Jawa Timur pada Ahad petang.

Bayi itu merupakan salah seorang daripada 24 penduduk yang cedera selepas letupan yang didakwa berpunca daripada mercun di rumah seorang penduduk bernama Darman.

Empat orang maut dalam kejadian itu termasuk pemilik rumah berkenaan.

Ketua Pejabat Kesihatan Daerah Blitar Christine Indrawati berkata, bayi berusia empat bulan itu mengalami gegaran otak ringan.

Kini bayi tersebut masih menjalani rawatan dan terpaksa menjalani pemerhatian di Hospital Srengat, Kabupaten Blitar selama beberapa hari.

Majoriti mangsa yang lain mengalami cedera ringan seperti calar, luka dan lebam akibat terkena bahan binaan yang terjatuh semasa letupan.

“Mangsa lain cedera seramai 23 orang. Kesemua mereka dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan dan rawatan di hospital,” kata Christine. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain