suria

Pengorbanan ibu... Wanita sanggup bekerja cari duit lebih, bawa anak ke salun selepas diejek rakan kerana rambut kembang

Wanita berkenaan sanggup mencari duit lebih demi melihat anaknya gembira.

SEORANG ibu sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak mereka.

Demikian juga halnya dengan seorang wanita ini yang sanggup mencari wang lebih demi menggembirakan hati anak perempuannya.

Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok @salonmedan, wanita berkenaan membawa anak gadisnya ke salun tersebut untuk melakukan rawatan rambut.

Difahamkan, gadis kecil tersebut sering mengadu diejek oleh rakan-rakan kerana keadaan rambutnya yang keriting dan kembang sehingga membuatkannya hilang keyakinan diri.

"Dia bercerita si anak selalu sedih dengan keadaan rambutnya, lalu berharap agar kami boleh memperbaiki rambut anaknya itu.

"Tapi dia tak dapat menemani anaknya di salun kerana perlu bekerja untuk mencari wang bagi membayar kos rawatan rambut anaknya itu nanti," demikian kapsyen pada video yang dimuat naik itu.

Selepas beberapa ketika, wanita tersebut kembali ke salun untuk menjemput anaknya, dan terkejut melihat perubahan rambut gadis kecil itu yang sudah lurus dan bersinar.

"Umur ibu memang terbatas tapi rasa cinta dan kasih sayangnya tak akan pernah ada batasnya," tulis kapsyen video itu lagi.

Sehingga kini, dua video dua beranak itu yang dimuat naik di TikTok meraih lebih 10 juta dan satu juta jumlah tontonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain