PERNAHKAH anda berasa runsing dengan soalan bersifat peribadi yang diajukan kepada anda? Pastinya anda terfikir apa yang bermain di dalam minda perkara seseorang itu untuk menyentuh perkara yang sebegitu sensitif misalnya tentang soal jodoh. Mungkin ini penjelasan yang anda nanti-nantikan melalui perkongsian oleh seorang lelaki dari China mengenai ibunya. Seorang ibu dari wilayah Henan, China disahkan mengalami masalah kesihatan mental oleh pakar psikiatri kerana tabiatnya yang suka memaksa anaknya berkahwin. Ia selepas wanita itu terlalu prihatin hingga membawa anak lelakinya berusia 38 tahun berjumpa pakar psikiatri setiap kali Tahun Baru Cina. Menerusi video yang tular, lelaki bernama Wang memberitahu tidak pernah membawa pulang teman wanitanya untuk Tahun Baru Cina. Berikutan itu, ibu Wang yakin ada sesuatu yang tidak kena padanya. Pada 4 Februari lalu, Wang sekali lagi dibawa ke Hospital Psikiatri wilayah Henan. Selepas beberapa kali sesi, doktor memberitahu Wang tidak mempunyai penyakit. Sebaliknya, doktor memaksa ibunya diperiksa sebelum mendapati dia mengalami gangguan mental 'memaksa anak berkahwin'. Dalam perbualan dengan Beijing News, Wang mendedahkan dia pernah bekerja sebagai pelakon dan kini menjadi jurulatih tenis malah sudah menetap di Beijing selama lebih sedekad. Wang menjelaskan mengapa dia mengikuti obsesi aneh ibunya. "Saya sangat sibuk dan belum bertemu orang yang betul. "Ibu saya tidak boleh tidur kerana saya belum berkahwin, jadi saya berasa agak kecewa," katanya. Wang juga mendedahkan di kampung halamannya, dia terkenal sebagai lelaki bujang yang sangat tua. Perjuangan Wang menyentuh banyak hati apabila rakyat di China bersatu ketika mereka bercakap mengenai tekanan dihadapi daripada keluarga supaya berkahwin secepat mungkin. Tekanan untuk berkahwin mencapai kemuncak apabila Tahun Baru Cina tiba dan anak muda pulang ke kampung halaman mereka untuk melawat keluarga mereka. - India Times Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube