SEORANG guru sekolah menengah menjana pendapatan lumayan dengan menjual pakaian dalamnya yang sudah dipakai di internet. Holly Rose mendakwa dia pernah bekerja sebagai seorang guru sains di sekolah menengah tetapi kerana kos sara hidup yang kian meningkat menyebabkan dia terpaksa membuat kerja sambilan tersebut untuk menyara hidup. Namun kini kerja sambilan itu telah menjadi pekerjaan tetapnya kerana dia mula membenci tugasan hakikinya sebagai seorang guru. "Saya pernah ada pekerjaan yang normal. Saya seorang guru sains dan saya sangat membencinya. "Gaji yang saya dapat adalah sangat sedikit. Saya pilih untuk keluar dan cuba sesuatu yang baharu, ternyata ia membawa hasil," kata Holly. Bintang OnlyFans yang berasal dari Britain itu telah berjaya meraih 67,000 pengikut di TikTok. Holly yang merupakan ibu kepada dua orang anaknya sering 'melayani' pengikutnya dengan menari ghairah di hadapan kamera dan mengenakan pakaian yang menjolok mata. Walaupun mendapat pulangan yang lumayan, rata-rata warga maya mengecam Holly kerana menganggap pekerjaan itu seperti menjual diri dan tidak bermaruah. Mereka menyuruhnya mencari pekerjaan yang lebih beretika. Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube