KERANA nafsu, seorang lelaki di Sumatera Selatan, Indonesia sanggup 'meratah' anak tirinya kerana mendakwa isterinya enggan melayani nafsu batinnya. Tertuduh yang dikenali sebagai Roy Irawan, 40, mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali pada Julai, September dan Disember tahun lalu. Akibat perbuatannya itu, mangsa yang berusia 17 tahun, hamil enam bulan. Menerusi video tular yang dimuat naik di Instagram Indozone.id, Roy mendakwa dia melakukan perbuatan terkutuk itu kerana isterinya enggan memberi nafkah batin sejak 2021. Disebabkan itu, Roy melampiaskan nafsu terhadap anak tirinya malah dia juga mengancam akan membunuhnya jika mangsa enggan menuruti kehendaknya. Perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumah ketika isterinya keluar. Perkara itu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit perut dan mengalami mual-mual sebelum dibawa ke klinik berhampiran untuk menjalani pemeriksaan, dan akhirnya disahkan hamil enam bulan. Mangsa kemudian mengaku dia telah diperkosa oleh bapa tirinya. Susulan pengakuan gadis malang itu, isteri Roy terus membuat laporan polis dan lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut. Roy akan didakwa di mahkamah mengikut akta perlindungan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman penjara selama 15 tahun jika sabit kesalahan. - Indozone.id Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube