suria

Kerap minta cuti sakit pada hari Isnin, wanita dipecat dari kerja

Wanita ini bekerja sebagai pendandan rambut apabila dia dipecat. Foto: Daily Star

HARI Isnin sebagai permulaan kepada minggu baharu yang panjang lagi meletihkan menyebabkan ramai kurang bersemangat untuk menghadapinya.

Perkara ini mendorong sesetengah pekerja sengaja mengambil cuti sakit kerana belum bersedia untuk memasuki pejabat setelah berehat selama dua hari pada hujung minggu.

Hal tersebut pasti akan menimbulkan kemarahan pihak atasan kerana ia menjejaskan produktiviti di tempat kerja.

Begitulah situasi yang dilalui wanita ini apabila dia dipecat kerana disalah erti oleh majikannya setelah dia meminta cuti sakit pada hari Isnin.

Thorley yang berkerja sebagai pendandan rambut diberikan amaran oleh pemilik Acute Barbers di Cardiff University Students' Union, Donnelly ketika hujung syif pada satu Jumaat supaya jangan hampakannya dengan tidak datang kerja pada Isnin.

Pada Isnin, Thorley menghantar mesej kepada Donnely mengatakan dia tidak dapat datang kerja kerana sakit.

Donnely kemudian bertindak memecatnya dan memberitahu tribunal yang Thorley mengambil lebih banyak cuti sakit berbanding rakan sekerjanya pada tahun pertama bekerja.

Thorley secara keseluruhan dikatakan tidak hadir 17 kali pada hari Isnin dan Selasa.

Tribunal diberitahu Thorley yang wanita itu tidak dapat hadir kerana senggugut.

Thorley memberitahu hakim dia menghidap endometriosis, satu keadaan boleh menyebabkan sakit pelvis yang melumpuhkan sambil menyatakan ibu mentuanya mengambil cuti untuk menjaganya.

Dia berada dalam senarai menunggu untuk dilihat oleh pakar sakit puan, walaupun pendandan rambut itu belum disahkan secara rasmi menghidap penyakit itu. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain