suria

Gara-gara isu tanah, lelaki ditembak bapa saudara pada bahagian alat sulit... Sempat rakam video sebelum rebah

Mangsa sempat merakam video sebelum rebah akibat terkena tembakan. Foto: Twitter/India.com

KERANA harta, manusia sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh.

Begitulah juga dengan insiden yang berlaku di Beawar, Rajasthan, India ini.

Seorang lelaki warga emas dilaporkan menembak anak saudaranya pada bahagian alat sulit ekoran pertikaian isu tanah, selepas dicabar berbuat demikian oleh mangsa.

Difahamkan, kejadian yang berlaku Khamis lalu berpunca apabila tertuduh yang dikenali sebagai Bhaga, mengorek tanah dari kawasan milik anak saudaranya, Hameed, tanpa kebenaran.

Kedua-dua lelaki berkenaan kemudian bergaduh sebelum Hameed mencabar bapa saudaranya itu untuk menembaknya. Malah dia sempat merakam video sebelum ditembak.

Bhaga kemudian melepaskan tembakan ke arah anak saudaranya itu tanpa berfikir panjang selepas dicabar.

Tembakan Bhaga yang mengenai alat sulit menyebabkan Hameed segera dikejarkan ke Hospital Amritkaur.

Mangsa kemudian dirujuk ke sebuah pusat perubatan yang lain selepas keadaannya semakin parah.

Polis dilaporkan sudah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

Sementara itu video insiden tembakan berkenaan, yang dirakam oleh mangsa sendiri, kini tular di media sosial. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain