suria

Tidak dibenarkan guna tandas waktu kelas, pelajar bikin huru-hara di sekolah

Pelajar membuat kucar-kacir di sekolah kerana tidak berpuas hati dengan perubahan polisi. Foto: Mirror

PELAJAR di beberapa sekolah di Washington, Amerika Syarikat dilaporkan 'merusuh' kerana tidak berpuas hati dengan perubahan penggunaan tandas ketika sesi pembelajaran dan waktu rehat.

Mirror melaporkan, polis dikejarkan ke beberapa sekolah selepas keadaan menjadi huru-hara apabila pelajar mengamuk.

Polis dikejarkan ke Sekolah Richmond di North Yorkshire selepas menerima laporan guru didakwa ditolak dan pokok dibakar.

Pelajar mengeluarkan alat pemadam api, menendang pintu dan memecahkan tingkap.

Difahamkan, protes itu turut dirancang di TikTok selepas peraturan untuk mengunci tandas ketika waktu pembelajaran dan sebahagian waktu rehat diumumkan.

Di Akademi Penrice di St Austell, Cornwall, meja diterbalikkan dan pelajar perempuan ditarik rambutnya selepas demonstrasi diadakan.

Selepas panggilan 'angkat senjata' di media sosial, mereka berkumpul tetapi saksi berkata keadaan sudah 'tidak terkawal' dan seorang pelajar dilaporkan dirawat oleh pasukan perubatan.

Gambar dari laman web itu menunjukkan kumpulan besar pelajar berpakaian seragam berkumpul di pagar sekolah, dengan beberapa orang cuba memanjat.

Ketua guru di Haven High Academy di Boston menyalahkan tindakan protes mengikut trend media sosial itu 'tidak boleh diterima' dan memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pelajar jika berlaku lagi. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain