suria

Ngeri! Hajat bergambar beramai-ramai di bukit terbantut... terkejut temukan pelajar gantung diri akibat putus cinta

Seorang pelajar ditemukan menggantung diri pada sebatang pokok.

SEKUMPULAN pelajar yang mahu mengambil gambar di kawasan bukit, dikejutkan dengan penemuan mayat seorang pelajar.

Pelajar berkenaan ditemukan dalam keadaan menggantung diri pada sebatang pokok.

Kejadian yang berlaku di Mamasa, Sulawesi Barat di Indonesia itu menyebabkan kesemua mereka panik dan bergegas kembali ke sekolah.

Mereka kemudian memaklumkan mengenai penemuan mayat itu kepada penduduk setempat.

Mangsa merupakan pelajar berusia 18 tahun, ditemukan tidak jauh dari sekolahnya di Kampung Buntu Buda.

ARTIKEL BERKAITAN: Model jelita bunuh diri, alami kemurungan gara-gara jadi mangsa buli di media sosial

Mayat ditemukan oleh rakan-rakannya pada kira-kira pukul 3 petang, Sabtu lalu.

Mangsa disyaki membunuh diri kerana sebelum itu putus cinta dengan kekasih, pada pagi hari sama.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mamasa, Iptu Hamring berkata, berdasarkan hasil bedah siasat, mangsa didapati membunuh diri.

"Tiada tanda-tanda keganasan fizikal ke atas mangsa.

"Mangsa disyaki membunuh diri kerana masalah cinta," ujar Iptu Hamring.

Sebagai peringatan, perbuatan membunuh diri bukan sahaja dilarang, malah haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain