suria

Mayat penghantar makanan ditemukan di apartment, kakak menangis ketika tiba di lokasi kejadian

Mayat seorang penghantar makanan ditemukan berlumuran darah pada Jumaat. Foto: Shin Min Daily News

MAYAT seorang lelaki berusia 32 tahun ditemukan dalam keadaan berlumuran darah Dakota Crescent, Singapura, pada Jumaat.

Menurut laporan media, polis dimaklumkan mengenai kes itu pada 9.52 pagi.

Lelaki itu ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di tangga apartment, antara tingkat 9 dan 10 Blok 58.

Namun, pihak berkuasa tidak dapat mengesan sebarang senjata di sekitar lokasi itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik dari Angkatan Pertahanan Awam Singapura, lapor The Straits Times.

Shin Min pula melaporkan lelaki itu pernah bekerja sebagai penghantar makanan.

Kakak mangsa yang tiba di tempat kejadian kelihatan menangis dan enggan berjumpa dengan media. - Asia One.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain