suria

Padah ceroboh kubur nak buat live, cium tengkorak dari keranda... pemuda dihukum penjara 9 bulan

Seorang lelaki didakwa menceroboh kawasan perkuburan dan mengganggu mayat. foto www.scmp.com

SEORANG lelaki menceroboh masuk ke tanah perkuburan purba, dan membuka tiga keranda dengan tujuan untuk meraih keuntungan dengan membuat sesi penstriman langsung (live).

Tindakan pemuda berusia 21 tahun itu disedari oleh penduduk kampung, dalam satu kejadian di China pada Mac tahun lalu.

Akibat perbuatannya, dia dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Saintis didakwa lakukan hubungan seks dengan mayat di bilik bedah

"Seperti dilaporkan, lelaki itu membuka tiga keranda dengan bantuan dua rakannya dan membuat live video menunjukkan dirinya mengeluarkan tulang dari salah satu keranda.

"Bukan sekadar itu sahaja, malah dia juga dilihat mencium tengkorak," kata seorang penyiasat jenayah, dipetik sebagai berkata dalam laporan NDTV.

Menurut penyiasat itu, perbuatan pemuda berkenaan dikenal pasti sebagai Necrophilia, iaitu gangguan seksual terhadap mayat.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain