suria

Kejam! Suami tetak isteri gara-gara beli kucing tanpa izin... cedera di punggung, putus jari

Seorang lelaki menetak isterinya gara-gara membeli kucing tanpa izin. -gambar hiasan

SEORANG lelaki sanggup menetak isterinya dengan parang sebanyak 16 kali gara-gara jual beli seekor kucing tanpa izin.

Kejadian berlaku di daerah Baayah, Lebak di wilayah Banten di Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lebak, Iptu Andi Kurniady berkata, suspek berusia 55 tahun pada awalnya mendapati isterinya berusia 37 tahun melakukan satu transaksi membabitkan seekor kucing, pada pagi Selasa.

Difahamkan, suspek berulang kali melarang isterinya untuk tidak melakukan jual beli kucing.

Namun mangsa tetap berkeras dan memarahi suaminya kembali hingga mencetuskan pergaduhan.

"Si suami kemudian menetak isterinya beberapa kali menggunakan parang," kata Andi dalam satu kenyataan kepada Kompas.com, pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu tengok bekas isteri makin bahagia, lelaki ini tetak suami baharu guna parang

Dalam keadaan parah, mangsa kemudian berlari menyelamatkan diri ke kawasan kejiranan.

"Mangsa mengalami kesan luka di kepala, punggung hingga tangan," kata Andi.

Jari telunjuk dan ibu jari mangsa turut putus dalam kejadian itu.

Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh penduduk.

Suspek kemudian melarikan namun berjaya ditangkap dan dibawa kepada polis.

Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.

Sementara itu, mangsa dibawa ke hospital dan dalam keadaan tidak sedarkan diri

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya.. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain