suria

Datuk hilang diisytihar mati tiba-tiba ‘hidup semula’ selepas 10 tahun

Zhuo kembali selepas hampir 10 tahun dianggap sudah meninggal dunia.

SEORANG datuk yang dianggap telah meninggal dunia hampir 10 tahun lalu kini ditemukan dalam keadaan hidup dan sihat serta bersatu semula dengan keluarganya.

Kisah pelik Zhuo Kangluo bermula apabila dia hilang dari rumah jagaan di China pada 2014.

Ketika itu, keluarga dan orang ramai tersilap mengenal pasti bahawa dia sebagai mayat yang ditemukan di jalan raya sejurus kehilangannya.

Jasad itu yang kini diketahui bukan milik Zhuo, dibakar kerana menurut anak saudara, Zhuo memaklumkan diri tidak mahu dibedah siasat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hilang selama 12 tahun diisytihar mati, ditemui hidup semula di hospital negara jiran

Bagaimanapun baru-baru ini pihak berkuasa di China menyusuli laporan seorang lelaki bertindak pelik dengan memfailkan laporan orang hilang.

Lelaki itu kemudian dikenal pasti sebagai Zhuo selepas cucunya mengenalinya pada poster orang hilang.

Menurut laporan China News Network, warga emas itu enggan menjawab sebarang soalan daripada penyiasat sebelum ujian DNA menunjukkan padanan yang jelas dengan ahli keluarganya.

Ia sekali gus mengejutkan keluarganya yang selama ini mempercayai dirinya sudah meninggal dunia selama bertahun-tahun..

Zhuo dilaporkan menangis sebak berikutan ujian DNA dan pertemuan semula keluarga yang penuh emosi.

Susulan itu, pihak berkuasa kini cuba mengenal pasti identiti jasad yang dibakar hampir 10 tahun lalu. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain