suria

Gara-gara enggan jaga ayah terbabit nahas, bapa saman anak perempuan tuntut RM965

Seorang bapa memfailkan saman terhadap anak perempuannya di mahkamah.

SEORANG bapa memfailkan saman terhadap anak perempuannya gara-gara enggan berhenti belajar di universiti bagi menjaganya yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Lelaki bernama Zhang, mendakwa dia menelefon dan menghantar mesej kepada anak perempuannya, selepas terlibat dalam kemalangan kereta dalam kejadian di Puyang, wilayah Henan di China.

Selepas berkali-kali mencuba dan gagal untuk meyakinkan anaknya supaya pulang ke rumah untuk menjaganya, lelaki itu terkejut apabila mendapati anaknya itu menyekat nombor telefonnya.

Dalam keadaan marah, dia memfailkan saman di mahkamah dan menuntut AS$215 (RM964.84) sebagai nafkah bulanan.

Perkara 26 Kanun Sivil China menetapkan 'anak dewasa mempunyai kewajipan untuk menyokong dan melindungi ibu bapa mereka'.

ARTIKEL BERKAITAN: Terdesak mahukan cucu, mak ayah saman anak RM2.8 juta setelah 6 tahun berkahwin masih tiada zuriat

Zhang memberitahu mahkamah bahawa dia menegaskan supaya anak perempuannya mengutamakannya berbanding pelajaran dengan pulang ke rumah untuk menjaganya.

Dalam pembelaannya, anak perempuan Zhang mendakwa telah berulang kali memberitahu bapanya bahawa tugasannya di kolej tidak membolehkannya pulang ke rumah begitu saja untuk menjaganya.

Selain itu, dia menyatakan dengan jelas bahawa masih terdapat dua beradik lelaki yang juga boleh diminta untuk menjaga bapanya, tetapi sebaliknya tekanan diberi kepadanya sejak awal.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah menyedari perkara 26 Kanun Sivil Cina menyatakan bahawa anak dewasa mempunyai kewajipan untuk menyara ibu bapa mereka, tetapi hujahan kes mendapati anak perempuannya masih belajar dan tidak mampu untuk membayar nafkah.

Hakim bagaimanapun meminta anak perempuan Zhang lebih prihatin dengan nasib yang menimpa bapanya dan cuba membantu tanpa mengabaikan pengajian.

Pada masa sama, Zhang mempunyai pilihan untuk memfailkan rayuan. - odditycentral

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain