suria

Saintis bingung selepas kesan ‘degupan’ misteri dari matahari, isyarat berulang setiap 20 hingga 30 saat

Saintis mengesan 'degupan' misteri dari matahari yang berulang setiap 20 hingga 30 saat. Foto: Getty Images/iStockphoto.

PARA saintis bagaikan tertanya-tanya selepas mereka mengesan dua isyarat 'degupan' misteri yang datang dari matahari.

Menurut penyelidik, isyarat yang terletak di atmosfera matahari itu dilaporkan berulang antara setiap 10 dan 20 saat.

Mereka berharap penemuan itu dapat untuk memahami dengan lebih baik letupan paling kuat yang berlaku dalam sistem suria.

Para saintis juga percaya bahawa rentak itu datang daripada suar suria kelas C yang meletus lebih daripada 5,000 kilometer (km) di atas permukaan bintang.

Penerbitan kajian itu menjelaskan bahawa suar suria adalah pengusiran tenaga yang paling kuat.

Ahli astronomi Sijie Yu menyifatkan penemuan itu sebagai satu penemuan yang "tidak dijangka".

0_Sun-and-coronal-mass-ejection-illustration

Isyarat itu dikesan berulang setiap 20 hingga ke 30 saat.

"Corak degupan ini penting untuk memahami bagaimana tenaga dibebaskan dan dihamburkan dalam atmosfera matahari semasa letupan yang sangat kuat.

"Walau bagaimanapun, asal-usul corak berulang ini telah lama menjadi misteri dan topik perdebatan dalam kalangan ahli fizik solar," ujarnya.

Menggunakan Expanded Owens Valley Solar Array (EOVSA) - fasiliti Amerika Syarikat (AS) yang menjejaki frekuensi radio gelombang mikro - saintis dapat mengesan lokasi sebenar nadi pertama.

Isyarat awal dipercayai datang melalui dasar arus elektrik lebih 25,000 km melalui teras letusan.

Semasa menganalisis penemuan ini, saintis secara tidak sengaja terjumpa nadi misteri kedua.

"Corak berulang tidak biasa untuk letupan radio solar.

"Tetapi yang menariknya, terdapat sumber sekunder yang kami tidak jangkakan terletak di sepanjang helaian arus terbentang yang berdenyut dengan cara yang sama," ujar saintis itu lagi. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain