suria

Gara-gara terberak dalam seluar, cucu 2 tahun dikejar ke hospital selepas cedera didera nenek

Seorang kanak-kanak menjadi mangsa dera oleh nenek sendiri. -gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun didera oleh neneknya sendiri, gara-gara membuang air besar di dalam seluar.

Keadaan itu menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital.

Kejadian berlaku di Kampung Tambaksari di Banyumas, Jawa Tengah, di Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas, Kompol Agus Supriadi berkata, insiden berlaku pada Isnin sewaktu mangsa tinggal bersama neneknya ketika ibunya bekerja di luar bandar.

"Mangsa yang merupakan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami lebam di kedua-dua matanya, di kepala dan tangan kiri," kata Agus kepada pemberita, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun dikurung dalam bilik tidur, gadis mangsa dera ibu dan nenek diselamatkan polis

Agus berkata, kejadian bermula apabila mangsa membuang air besar sejurus selepas makan.

Nenek mangsa yang tidak sihat serta-merta menjadi marah.

Tindakan suspek juga disebabkan berang kerana ibu mangsa masih belum pulang dari luar bandar.

"Suspek melepaskan kemarahan terhadap mangsa memukul di kedua-dua mata dan kepala serta mencubit tangan kiri mangsa. Akibatnya, mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital," kata Agus.

Kejadian itu terbongkar selepas pegawai kampung setempat melaporkannya kepada polis.

Susulan itu, polis menahan nenek mangsa untuk siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut dilarang dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain