suria

Meremang! Tular video King Cobra panggung kepala paras tinggi manusia dewasa

Video seekor King Cobra memanggung kepala yang dikongsi oleh kakitangan Perkhidmatan Hutan India (IFS) di Twitter.

SPESIES ular 'King Cobra' sememangnya diketahui umum sebagai ular berbisa yang terpanjang di dunia.

Dalam satu video yang tular di laman sosial, kelihatan seekor King Cobra yang sedang menjalar mengangkat badan dan kepalanya, sehingga menyamai tinggi seorang manusia.

Video berkenaan yang dikongsikan oleh kakitangan Perkhidmatan Hutan India (IFS), Susanta Nanda di Twitter, benar-benar mengejutkan warga maya.

"King cobra secara literal boleh 'berdiri' dan memandang mata orang dewasa. Apabila berhadapan, mereka boleh mengangkat sehingga satu pertiga daripada badannya dari tanah," tulisnya pada perkongsian berkenaan.

Namun lelaki itu tidak menyatakan lokasi di mana video tersebut dirakam.

Video berdurasi 11 saat itu menjadi viral dalam masa yang singkat.

Sehingga kini ia meraih 363,100 jumlah tontonan dengan 6,500 tanda suka (likes). - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain