SEORANG pelajar berusia 15 tahun dipukul rakan gara-gara tidak aktif dalam aplikasi grup WhatsApp. Kejadian berlaku di Sukoreno, Prigen di Pasuruan di Jawa Timur, Indonesia pada Khamis. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pasuruan, AKP Farouk Ashadi Haiti berkata, serangan itu mengakibatkan mangsa lebam di telinga kiri, hidung, dada kanan, lengan kiri, siku kanan dan pinggang kiri. "Kecederaan dipercayai berpunca daripada tendangan pelaku yang berulang kali terhadap mangsa. ARTIKEL BERKAITAN: Bergurau tarik seluar ketika majlis syarikat, wanita dimalukan rakan sekerja buat laporan polis "Motif serangan kerana mangsa tidak aktif dalam grup WhatsApp dan tidak bersedia untuk diajak berkumpul," katanya pada Sabtu. Ashadi menambah, mangsa bagaimanapun telah menerima rawatan. Susulan kejadian itu,seramai empat suspek ditahan polis. Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya.. - Kompas Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube