suria

Lebih 4 dekad cari anak hilang, bapa meninggal dunia 5 hari sebelum 'bangkai' kereta akhirnya dijumpai

Jackson tidak jemu mencari anaknya yang hilang 42 tahun lalu.

SEORANG bapa tidak putus asa mencari anak perempuannya yang hilang lebih empat dekad lalu meninggal dunia dan selepas lima hari, mayat anaknya ditemukan.

Usaha lelaki itu, yang dikenali sebagai Oscar Jackson untuk sekurang-kurangnya mengetahui bukti mengenai misteri kehilangan anaknya tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia pada 18 September tahun lalu.

Jackson telah menghabiskan sisa hidupnya dengan mencari mayat anaknya, Pamella Jackson yang dilaporkan hilang selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 1971 iaitu sejak lebih 42 tahun lalu.

Kereta yang dinaiki Pamella dan rakannya, Sherri Miller dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah parti akhir tahun di sekolah di Vermillion, Dakota Selatan.

Lebih menyayat hati apabila mayat mereka berdua tidak ditemui selepas kemalangan terbabit.

Pamella (kiri) dan rakannya, Sherri Miller dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika dalam perjalanan ke sebuah parti.

Sejak insiden tersebut, Jackson nekad mencari mayat anaknya di kawasan sungai dan hutan berhampiran, malangnya tiada sebarang petunjuk dijumpai.

Namun, pada 23 September 2022, seorang nelayan yang lalu di kawasan tersebut ternampak dua biji tayar dan bahagian bawah kereta dari permukaan air.

Lebih mengejutkan, rangka kedua-dua remaja berkenaan bersama kereta Studebaker 1960 itu turut ditemukan 90 meter dari destinasi pesta yang mereka mahu pergi ketika itu.

Akhirnya, pihak polis mengesahkan kematian Sherri dan Pamella sebagai ‘tidak disengajakan’. - MIRROR.CO

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain