suria

Nenek 95 tahun diperkosa jiran warga emas... Anak buah istighfar lihat kejadian depan mata

Seorang nenek dirogol sehingga jatuh sakit oleh jirannya yang merupakan warga emas. Gambar hiasan

BENARLAH, nafsu tidak mengenal usia.

Dalam satu kejadian di sebuah perkampungan di Sukakarya, wilayah Bekasi, Jawa Timur, seorang nenek berusia 95 tahun dilaporkan diperkosa oleh seorang warga emas berusia 65 tahun.

Menurut seorang pegawai kanan polis, Gogo Galesung, mangsa dilaporkan jatuh sakit selepas diperkosa dan kini sedang dirawat di hospital.

Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku pada 5 Februari lalu, kejadian disedari oleh anak saudara mangsa yang ketika itu mahu menghantar beras.

"Jadi, pelaku ditangkap oleh anak saudara mangsa yang mahu menghantar beras," katanya.

Tambahnya, anak saudara mangsa menangis dan beristigfar sebaik melihat kejadian tersebut.

Mangsa dikatakan tidak ditutupi sehelai benang, manakala pelaku, yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa, hanya memakai baju dan tidak berseluar ketika itu.

Dalam pada itu, dilaporkan, pelaku juga dimasukkan hospital selepas kejadian namun tidak dinyatakan dengan lanjut mengenai keadaannya.

Kejadian tersebut turut tular di media sosial dan menjadi buah mulut orang kampung. - Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain