SEPASANG suami-isteri dihadapkan ke mahkamah kerana menyiarkan video lucah menerusi aplikasi Telegram. Video yang dirakam oleh Jeffrey Chue pada Mei 2020 memaparkan Nguyen Thi Anh Thy menarik bajunya sehingga menampakkan payudara di kawasan luar sebuah pusat membeli-belah. Mereka kemudiannya memuat naik klip itu menerusi kumpulan sembang di aplikasi Telegram sebelum individu lain menyebarkannya ke platform WhatsApp dan Instagram. Chue cuba memadamkan video itu, namun usahanya gagal. Pasangan itu kemudiannya ditahan selepas 10 anggota polis menyerbu kediaman mereka di Singapura. Mereka dijatuhkan hukuman denda £14,000 (RM75,312) oleh mahkamah yang mendapati video itu sebagai satu perbuatan yang melanggar undang-undang negara. Chue dituduh menggunakan media sosial "untuk menarik pengikut" melanggan saluran Telegram miliknya, yang melanggar undang-undang tempatan mengenai pengedaran "sebarang objek lucah." Pasangan itu telah meninggalkan Singapura ke Ho Chi Minh City, Vietnam, tempat asal Nguyen selepas mereka menjual semua harta untuk membayar denda berkenaan, lapor New York Times. Malah, mereka juga tidak merancang untuk kembali ke Singapura. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube