SEORANG lelaki yang didakwa mendera kucing, diseksa oleh sekumpulan pencinta haiwan itu. Menurut Global Times dan Southern Metropolis Daily, lelaki bernama Lee menyeksa kucing yang diambilnya. Lee didakwa merakamkan dirinya mendera kucing, sebelum memuat naik video tersebut secara dalam talian. Dilaporkan, perbuatannya itu menyebabkan kematian beberapa kucing. Susulan kejadian itu, Lee diserang oleh sekumpulan enam individu di sebuah plaza, pada 25 Februari lalu . ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dituduh sebagai ahli sihir, culik kucing jiran untuk dijadikan korban ritual aneh Lee kemudian dibawa ke lokasi berasingan. Dia ditendang, dibuat untuk menampar dirinya sendiri, melutut di atas lantai dan mengaku perbuatannya. Kumpulan tersebut dilaporkan turut melumurkan najis pada muka Lee, dan memaksanya untuk menelannya. Video mengenai serangan turut tular di media sosial. Pihak berkuasa Wuzhong di Suzhou, China berkata, mereka memandang serius kes tersebut dan siasatan dijalankan. Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - The Strait Times Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube