suria

Pasangan sedang asyik lakukan seks oral di tepi pantai, kantoi aksi dirakam orang awam

Pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam diburu polis Thailand.

SEORANG wanita 'kantoi' melakukan seks oral terhadap seorang lelaki di tepi jalan selepas aksi tersebut dirakam kamera telefon bimbit.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan wanita berbaju merah itu dilihat merendahkan dirinya sambil memuaskan nafsu lelaki warga asing di atas pentas berhampiran Pantai Central Pattaya, Bandar Pattaya, Thailand.

Pantai tersebut akan menjadi tuan rumah sebuah festival muzik bermula hujung minggu ini dan dipercayai perbuatan tidak senonoh itu dilakukan di atas pentas yang masih belum lengkap dipasang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau kehadiran penumpang, 2 individu selamba buat seks oral dalam kereta api

Rakaman telefon bimbit mengenai kejadian itu menunjukkan pasangan tersebut tidak melakukan sebarang aktiviti terlarang yang lain, sebaliknya memilih untuk pergi setelah selesai melakukan seks oral.

Menerusi Facebook Berita Dalam Talian Pattaya, dilaporkan bahawa seorang saksi telah menghantar rakaman tersebut kepada pihak media Thailand dan juga polis.

Polis Pattaya dalam kenyataannya berkata, perbuatan tersebut boleh menjejaskan imej industri pelancongan bandar berkenaan.

Pihak polis juga sedang memburu pasangan berkenaan dan mereka bakal dikenakan tindakan.

Pasangan itu boleh didenda sehingga RM 5,000 baht (RM647) kerana melanggar undang-undang jenayah dengan bertindak mengganggu, menyebabkan kehinaan atau menjengkelkan orang lain.

Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan haram di sisi Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain