MALANG tidak berbau. Begitulah kisahnya mengenai pasangan suami isteri yang terbunuh dalam tragedi belon udara panas di Teotihuacan, utara Mexico, pada pagi Ahad. Kira-kira pukul 8 pagi, belon udara panas yang dinaiki Jose Nolasco, 50, dan isterinya Viridiana Becerril, 39, tiba-tiba terbakar. Pasangan itu dilaporkan mati terbakar manakala anak mereka, Regina Itzani, 13, cedera parah selepas dia mengambil risiko untuk terjun daripada belon berkenaan. Remaja itu mengalami kecederaan melecur tahap kedua dan patah tangan. Reyna Gloria Sarmiento, nenek Regina memberitahu akhbar tempatan bahawa remaja itu masih belum diberitahu ibu bapanya telah meninggal dunia. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube