suria

Ibu 4 anak terpaksa jadi ketua keluarga, suami lumpuh selepas insiden menghembus hidung di bilik air

Pasangan itu telah diberitahu bahawa pemulihan sepenuhnya adalah sangat mustahil.

MALANG tidak berbau.

Pepatah ini bersesuaian dengan nasib suami kepada Kirsty Bronner, 34 apabila dia mengalami masalah lumpuh sehingga hari ini.

Kisah sedih itu berlaku sekitar 2 Januari 2022 apabia Kristy dan anak-anak terdengar dentuman kuat dari bilik air mereka.

“Saya bergegas masuk bilik air dan mendapati suami terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.

“Lehernya terhantu dan terkehel menyebabkan kecederaan pada saraf tunjang.

'Dia telah menghembus hidungnya sebelum tiba-tiba pengsan lalu lehernya terlanggar bangku dalam bilik mandi.'

Kesan kepada Kirsty dan keluarganya sangat besar apabila mereka semua bergelut untuk menyesuaikan diri dengan rutin baharu.

Kirsty sedang berusaha menguruskan empat anak bersendirian manakala pasangannya menghabiskan enam bulan berikutnya di hospital dan pemulihan.

“Tekanan emosi dan mental yang ditimbulkan sangat teruk sehingga saya tidak dapat menguruskan perniagaan,' kata Kirsty.

Sehingga hari ini pasangannya belum pulih daripada kemalangan itu dan lumpuh pada bahagian sepadan dengan saraf otot, bahagian atas dada, bahagian tengah belakang dan otot perut.

Dia sebelum ini berlari 10 kilometer sehari tetapi kini dia tidak mampu lagi berdiri.

Pasangan itu telah diberitahu bahawa pemulihan sepenuhnya adalah sangat mustahil.

Ini bermakna Kirsty perlu memilih apa yang diutamakan setiap hari, tetapi dia tetap menjaga anak-anak, pasangan dan perniagaannya yang sentiasa menjadi keutamaan.

Kirsty menyifatkan pengalaman itu sebagai 'masa paling sukar' dalam hidupnya. - DAILYMAIL.CO

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain