suria

Kanak-kanak dibenar bermain dalam masjid lepas solat tarawih, mahu pupuk rasa cinta pada rumah Allah

Kanak-kanak bermain bebas di dalamnya selama setengah jam selepas selesai solat tarawih.

SEBUAH masjid di Turkiye baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai.

Hal ini disebabkan tempat beribadah itu membenarkan kanak-kanak bermain bebas di dalamnya selama setengah jam selepas selesai solat tarawih.

Perkongsian kanak-kanak dibenarkan bermain di masjid Turkiye itu telah dimuat naik oleh seorang lelaki, Mohamed Kamal di Facebook baru-baru ini.

Dalam hantaran itu juga, difahamkan, ruang khas untuk kanak-kanak itu membenarkan anak-anak jemaah bermain apa sahaja yang mereka mahu selama 30 minit selepas solat tarawih.

“Jauh dari keindahan dan kebersihan masjid. Di masjid Turki, kanak-kanak dibenarkan bermain setengah jam selepas solat tarawih.

“Bahagian yang bebas sepenuhnya di mana boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu di dalam masjid tanpa membahayakan atau menceroboh.

“Ia boleh menimbulkan perasaan bahawa masjid ini adalah (milik) dan (seperti rumah) mereka serta mewujudkan rasa cinta mereka kepada masjid,” katanya.

Difahamkan juga, pihak masjid menyediakan seksyen bebas untuk kanak-kanak bermain di masjid.

Ia bertujuan untuk kanak-kanak menganggap masjid seperti rumah mereka di samping mahu menggalakkan kanak-kanak rasa sayang dan suka datang ke rumah Allah.

Memandangkan mereka bermain selepas solat tarawih selesai, jadi tiada isu mengganggu jemaah yang sedang solat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain