SEORANG saintis Rusia mencuri perhatian ramai kerana memiliki wajah jelita dan sering tampil dengan gaya yang seksi. Rosie Moore, 26, yang juga seorang model mula menjadi bualan selepas dia memuat naik video ketika mengendalikan salamander, baru-baru ini. "Jangan lupa memakai perlindungan ketika musim bunga ini," ujarnya berseloroh dalam video itu. Pada masa sama, dia turut memberi tunjuk-ajar dalam mengendalikan haiwan comel berkenaan. “Mengendalikan salamander dengan tangan yang kering boleh menyebabkan kulit ini bergesel, membenarkan kemasukan bakteria. "Katak dan salamander hendaklah sentiasa diambil dengan sarung tangan yang basah. Ini melindungi mereka dan anda juga," ujarnya. Moore yang bekerja dalam sektor awam untuk bandar Delray di pantai tenggara Florida turut bergiat aktif mendekati pelbagai haiwan terancam termasuklah spesies yang ganas. Moore juga merupakan pakar yang sentiasa terlibat dengan haiwan seperti jerung dan banyak lagi reptilia lain. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube